APMM Labuan Bantu Kru Kapal Sakit Apendiks

APMM Labuan Bantu Kru Kapal Sakit Apendiks

0
SHARE

LABUAN – Seorang kru kapal yang mengalami jangkitan apendiks di atas Rig Sapura Pelaut menerima bantuan pemindahan kecemasan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal terbabit pada lebih kurang 11.35 malam.

“Bot Kilat 40 telah memberikan bantuan kecemasan bagi memindahkan pesakit berkenaan daripada kapal yang sedang bersauh…

Kru kapal yang dirawat…

“Beliau seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nudin mengingatkan orang ramai bahawa jika berlakunya sebarang kecemasan di laut, bantuan tersedia melalui talian 999 ataupun ‘hotline’ Maritim Malaysia di talian 03-89434001.