Dua Kenderaan Musnah Bengkel Kinarut Terbakar

Dua Kenderaan Musnah Bengkel Kinarut Terbakar

0
SHARE
Bomba
Kebakaran bengkel melibatkan 2 buah kereta di Jalan Lama Kawang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PAPAR, SABAH – Sebuah Proton Wira dan Mitsubisihi Triton antara dua kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel di Kg Danau Kawang, Kinarut, sini, dalam insiden semalam.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Papar menerima panggilan kecemasan pada jam 9.13 malam.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai lapan anggota bertindak ke lokasi pada jarak kira-kira 28 kilometer.
Komander Operasi Shafie Salleh berkata sebuah bengkel jenis tidak kekal berkeluasan 25×35 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar 100 peratus ialah dua buah kenderaan jenis Proton Wira dan Mitsubishi Storm 4×4.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari jentera.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya sambil menambah operasi terkawal pada jam 9.59 malam.

Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.15 malam.