KOTA KINABALU, SABAH – Perjuangan untuk memperbetulkan segala kesalahan yang telah dilakukan ke atas negeri dan rakyat Sabah terletak di bahu generasi muda, kata Timbalan Ketua Exco Wiramuda StarSabah, Prem Kitingan.
Menurutnya, sebagai arkitek kepada masa depan negeri Sabah yang lebih progresif, selamat dan kaya, golongan muda kini memiliki kuasa untuk menentukan landasan politik yang terbaik demi untuk mencapai agenda tersebut.
“Bagi saya dan ramai lagi, StarSabah adalah landasan yang sesuai bagi golongan muda Sabah…
“Mereka dialu-alukan untuk meneruskan perjuangan untuk menuntut hak-hak Sabah and juga memperjuangkan ekonomi negeri yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, golongan muda Sabah yang bekerja untuk menjamin kehidupan amat risau dengan keadaan ekonomi dan mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar mampu memacu kemajuan walaupun didalam keadaan ekonomi global yang mencabar.
Dia percaya dibawah pimpinan presiden parti Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, yang juga merupakan seorang pemimpin didalam cabinet kerajaan GRS, Sabah mampu mengorak langkah maju kehadapan.
“Kami sebagai golongan muda StarSabah memahami perjuangan presiden kami yang tidak pernah pudar dalam memperjuangkan hak-hak Sabah menerusi landasan parti kami.
“Kami menyokong visi StarSabah yang inginkan Sabah lebih gemilang disamping terus memperjuangkan hak-hak kita dibawah MA63,” katanya.
Dia berkata lagi bahawa rakyat Sabah sudah kenal dengan perjuangan Datuk Seri Dr Jeffrey yang amat instrumental dalam mendapatkan beberapa pindaan penting yang melibatkan MA63, Laporan IGC, Suruhanjaya Cobbold and Perkara 20 (yang Dr Jeffrey telah suarakan pada tahun 1987).
“Tapi apa pun pindaan bukanlah jalan terakhir bagi Sabah untuk memperbetulkan segala kesalahan yang telah dilakukakn ketasnya dan rakyat negeri ini selama berdekad. Ia memerlukan usaha yang lebih besar dari kita untuk mencapai kejayaan.
“Atas sebab inilah, golongan muda Sabah mesti berjuang bersama kita diatas landasan StarSabah,” kata Prem.
Sementara itu, dia berkata gologan muda parti tersebut sudah bersiap sedia untuk memberikan impak di PRU15 ini.