Najib Kurang Popular Banding Trump – Time

Najib Kurang Popular Banding Trump – Time

0
SHARE

AMERIKA SYARIKAT – Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai siri sejarah yang teruk sepanjang perlantikannya di Negara itu. Ini dapat dilihat bahawa kadar penerimaan sifat kepimpinannya dilaporkan hanya mendapat 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin berpengaruh lain di dunia. Ini menunjukkan Trump pemimpin tidak popular bagi majoriti rakyat Amerika Syarikat.

Walaubagimanapun, laporan daripada Time menunjukkan terdapat lagi beberapa pemimpin dunia yang teruk berbanding Trump dengan mendapat rating peratusan yang lagi rendah. Pemimpin dunia yang teruk Ini termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik petikan Time sebagai berkata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah berkhidmat sejak tahun 2009, iaitu tahun yang sama beliau menubuhkan dana pelaburan ekonomi pembangunan dipanggil 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kontrovesi yang melanda Najib apabila dikaitakn dengan penyelewengan dana 1MDB ini menjadikan peratusan beliau sebagai pemimpin dunia kurang serta menjadikan beliau dikalangan pemimpin teruk di bawah Trump.

“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno – parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad – kukuh berada dalam genggamannya.

“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.

“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.

Laporan Time juga mengeluarkan senarai nama bagi pemimpin lain yang mencapai peratusan rendah atau teruk di bawah Trump iaitu Presiden Venezuela (Nicolas Maduro), Presiden Brazil (Michel Temer), Presiden Afrika Selatan (Jacob Zuma) dan Perdana Menteri Greece (Alexis Tsipras).