Daulat Tuanku! Teriakan Kanak-Kanak KEMAS

Daulat Tuanku! Teriakan Kanak-Kanak KEMAS

0
SHARE
Ydpa
Sekumpulan 32 kanak-kanak tabika dan tadika KEMAS melaungkan “Daulat Tuanku!” ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Malaysia Madani!

Itu antara teriakan nyaring oleh 32 kanak-kanak yang menjalani raptai bagi menyambut keberangkatan tiba Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok.

Mereka terdiri daripada murid-murid Taska dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Taman Gun-Gum Jaya serta Tabika Kemas Sepilok yang berumur di antara tiga hingga enam tahun.

Dalam kalangan mereka ada yang mengenakan kemeja-T berwarna merah muda dan putih, namun ada juga kanak-kanak yang mengenakan baju tradisi pelbagai etnik dan kelihatan sangat teruja.

Menurut Guru pengiring Tadika dan Tabika KEMAS Taman Gum-Gum Jaya, Manis Kader, dia bersama tujuh guru pengiring bersiap seawal jam7 pagi bagi membawa kanak-kanak berkenaan ke lokasi dengan menggunakan tiga buah kenderaan.

Manakala, Guru Tabika KEMAS Sepilok, Athirah Masrin memaklumkan dia pula membawa 15 murid-muridnya untuk menyambut Seri Paduka Banginda berdua yang dijangka tiba di lokasi jam 11.30 pagi ini.

Antara yang menarik perhatian lensa kamera ialah adik comel, Muhammad Rafie Abdul Saat, 6, murid Tabika KEMAS Sepilok yang merupakan anak kepada salah seorang kakitangan di pusat terbabit. — JABATAN PENERANGAN SABAH