Yee Tsai Yiew Dilantik Pegawai Khas Ketua Menteri

Yee Tsai Yiew Dilantik Pegawai Khas Ketua Menteri

0
SHARE
Yiew
Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah N.20 Api-Api Yee Tsai Yiew ( Sumber Foto: Ihsan PBS )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah N.20 Api-Api Yee Tsai Yiew dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Yiew yang merupakan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk kawasan Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri kepadanya untuk memegang jawatan tersebut.

Yiew berkata pelantikan itu adalah bukti Hajiji mengutamakan kepentingan memperkasakan belia, khususnya wanita muda, dalam perkhidmatan sosial.

“Saya akan melakukan yang terbaik dalam tugas saya sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran Sabah,” kata Yiew.

Yiew berharap pelantikannya akan menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita dalam tadbir urus sosial dan politik, serta membawa perspektif dan pendekatan baharu.

Dalam hal lain, Yiew akan berlepas ke Beijing, China pada 7 sehingga 27 September untuk menghadiri Seminar Pembangunan Keupayaan untuk Pegawai Wanita dalam Pengurusan Sosial dari Negara- Negara Membangun, sebagai wakil kerajaan negeri.

Seminar yang dianjurkan oleh Universiti Wanita China itu akan menawarkan pengalaman dan pandangan berharga mengenai penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial dari negara- negara membangun.