KUNAK, SABAH – Pemandu sebuah lori 10 tan yang membawa muatan sawit maut selepas terjunam ke dalam gaung di Jalan Tun Fuad, Ladang Sungang.
Mangsa kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi dikenal pasti sebagai Sanuddin Djidi, 43.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata lori Nissan UD terbabit terbabas sendiri sebelum terjunam.
Katanya, mangsa terlibat tersepit berjaya dikeluarkan oleh sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kunak.
Mengulas lanjut, menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pegawai perubatan dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.45 pagi.