Salleh Bidas ‘TIME’ Bandingkan Najib Dengan Trump

Salleh Bidas ‘TIME’ Bandingkan Najib Dengan Trump

0
SHARE

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia membidas kenyataan Time yang membandingkan Najib dengan Trump. Ini susulan daripada laporan Time yang menyenaraikan nama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikalangan lima pemimpin yang teruk di bawah Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat.

Memetik kenyataan blog sskeruak.blogspot, beliau berkata Bagaimana Time menjalankan tinjauan pendapat ini?,Berapa ramai responden yang ditinjau dan di mana responden ini dihidupkan kembali? Adakah Time mengatakan bahawa Najib dan empat pemimpin dunia kurang popular daripada Trump di Terengganu dan Kelantan atau di New York City?”

“Hillary Clinton lebih popular daripada Donald Trump dan mendapat sokongan Presiden Obama, tetapi Trump menang jawatan presiden.

Time mengundi Anwar Ibrahim sebagai ‘Man of the Year’ dan lebih popular daripada Mahathir tetapi Mahathir menang pilihan raya umum 1999,” katanya.

Salleh juga berkata dakwaan Time tidak memberi sebarang makna kerana Najib telah memenangi parlimen Pekan dengan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Tinjauan dan laporan Time ini tiada kaitan dengan politik Malaysia dan tidak akan benar-benar mempengaruhi pendapat orang ramai kerana mereka yang menyokong pembangkang, atau sebaliknya, tidak akan beralih hanya kerana Time kata Trump adalah lebih popular daripada Najib di luar Pekan,” tambah katanya.

Laporan Time juga mengeluarkan senarai nama selain Najib bagi pemimpin lain yang mencapai peratusan rendah atau teruk di bawah Trump iaitu Presiden Venezuela (Nicolas Maduro), Presiden Brazil (Michel Temer), Presiden Afrika Selatan (Jacob Zuma) dan Perdana Menteri Greece (Alexis Tsipras).