TMJ SAMPAIKAN SUMBANGAN PERIBADI KEPADA SAFA, KM HAJIJI ZAHIR PENGHARGAAN

TMJ SAMPAIKAN SUMBANGAN PERIBADI KEPADA SAFA, KM HAJIJI ZAHIR PENGHARGAAN

0
SHARE
Hajiji
Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya (kiri) menerima sumbangan daripada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Ismail Ibni Sultan Ibrahim ke atas sumbangan peribadinya kepada Sabah Football Association (SAFA).

Menyaksikan penyerahan cek daripada Tunku Ismail yang juga dikenali sebagai TMJ kepada Presiden SAFA, Datuk Shahelmey Yahya di sini pada Rabu, Ketua Menteri berkata sumbangan itu akan membantu pembangunan bola sepak Sabah.

Hajiji amat menghargai jalinan kerjasama antara JDT yang diketuai Tunku Ismail dan SAFA untuk menggalakkan pembangunan bola sepak terutama dalam mencungkil bakat muda.