Yoro Semakin Hampir Bersama United

Yoro Semakin Hampir Bersama United

0
SHARE
Yoro
Yoro dalam proses melakukan pemeriksaan kesihatan untuk bersama Manchester United ( Sumber Foto: AGENSI )

LONDON – Menchester United berharap dapat memuktamadkan kontrak 52 juta pound (RM315 juta) bagi mendapatkan Leny Yoro selepas bek tengah Lille itu berlepas ke England untuk melakukan pemeriksaan perubatannya, semalam.

Memetik sumber Agensi, tawaran 42 juta pound (RM254 juta) dengan tambahan 10 juta pound (RM60 juta) itu diterima pemain dari Perancis berkenaan namun muncul kebimbangan terhadap keutamaan Yoro untuk menyertai Real Madrid.

Namun, United nyata lebih pantas memulakan langkah untuk memastikan perjanjian itu berlaku dan sedang dalam proses akhir berhubung terma peribadi bagi sepanjang tempoh lima tahun kontrak dengan pilihan sambungan 12 bulan.

Yoro, yang membuat 41 penampilan bersama Lille pada musim lalu turut menarik minat Liverpool dan Paris Saint-Germain.

Dia bakal menjadi pemain kedua ditandatangani United pada musim panas selepas penyerang Bologna, Joshua Zirkzee berpindah ke Old Trafford dengan nilai 36.5 juta pound (RM221 juta) dan ini bermakna kelab sudah melengkapkan dua posisi utama dalam pemindahan pemain kali ini.

United berminat untuk menandatangani bek tengah kedua, dengan menyaksikan tawaran 42 juta pound (RM254 juta) turut ditawarkan kepada Bayern Munich bagi mendapatkan Matthijs de Ligt.

Selain itu, tawaran mereka bernilai lebih daripada 50 juta pound (RM302 juta) bagi mendapatkan Jarrad Branthwaite ditolak Everton.