Mya Herry Lancar Single Pertama ‘Tak Apa’

Mya Herry Lancar Single Pertama ‘Tak Apa’

0
SHARE
Mya Herry
Poster single baru Tak Apa oleh Mya Herry ( Sumber Foto: Ihsan AEG Entertainment )

KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar baharu, Mya Herry yang merupakan peserta top 20 dalam pertandingan realiti nyanyian popular Indonesia, D’Academy Asian melancarkan single pertamanya berjudul ‘Tak Apa’, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Maya Hariyanto itu berkata single terbabit dikeluarkan Armani Entertainment Group (AEG).

Bercerita mengenai single terbaharunya, Mya menjelaskan ianya berlainan dengan apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini dan agak mencabar baginya kerana menyanyikan dalam nada yang tinggi.

“Walaupun lagu ini bernada tinggi, saya tetap mahu mencuba untuk menguji kekuatan vokal dan hasilnya sangat memuaskan. Sebagai penyanyi, saya ingin mencuba pelbagai genre dan fahami apa kehendak pendengar.

“Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sudah pasrah dengan hubungan percintaan agar tenang sesudah putus cinta dan berkata ‘tak apa,” katanya.

Single pop balada ini walaupun kedengaran polos tetap mempunyai dinamiknya tersendiri dengan teknik vokal yang ditonjolkan oleh Mya, sesuai dengan dengan jiwa-jiwa yang galau akibat kecundang dalam percintaan.

Proses rakaman diadakan di studio AEG dan mengambil masa selama satu hari untuk disiapkan.

Tambah Mya lagu ini berkisar tentang cinta tiga segi di mana salah seorang dari mereka terpaksa mengundurkan diri walaupun perit untuk melihat pasangannya bahagia dengan insan lain.