1,000 Tetamu Meriahkan Chap Goh Meh

1,000 Tetamu Meriahkan Chap Goh Meh

0
SHARE
Hajiji
Gelagat Hajiji (tengah) ketika menggaul yee sang mencuit hati Limus (dua dari kiri) dan Shahelmey (dua dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Kira-kira 1,000 tetamu hadir memeriahkan Sambutan Chap Goh Meh di kediaman Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, semalam.

Kehadiran tersebut termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.

Menurut Limus, acara penutup bagi Tahun Baharu Cina itu merupakan acara tahunan untuk meraikan keluarga, saudara mara serta rakan-rakan yang berbilang kaum serta agama.

“Jemputan untuk majlis hari ini adalah sekitar 1,000 orang termasuk YAB Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan rakan-rakan serta sanak saudara.

“Kita harap dengan sambutan ini dapat menyuburkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, di samping mendekatkan pemimpin dengan rakyat,” katanya ketika ditemui media.

Selain hidangan yang beraneka, para temau juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan naga serta pertunjukan mercun. —  JABATAN PENERANGAN SABAH