Sabah Rekod Orang Paling Ramai Umur Panjang

Sabah Rekod Orang Paling Ramai Umur Panjang

0
SHARE
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Sabah merekodkan jumlah orang paling ramai panjag umur atau warga emas berusia hingga 120 tahun, iaitu 10 orang diikuti dengan Selangor (dua orang), lapor Harian Metro, di sini, hari ini.

Kemudian, diikuti pula dengan Kedah, kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan seorang warga emas berusia 120 tahun.

Berdasarkan bancian yang dijalankan pada tahun 2020, terdapat seramai 1,043 warga emas berusia 100 tahun dan lebih di negara ini.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu seramai 18 warga emas berusia 120 tahun.

Menurutnya, penemuan banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 menunjukkan komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) meningat daripada 3.1 peratus pada 1970 kepada 6.8 peratus pada 2020.

“Berdasarkan data anggaran penduduk semasa, Malaysia mencapai status negara menua pada tahun 2021 apabila komposisi penduduk umur tua mencecah 7.0 peratus dan terus meningkat kepada 7.4 peratus pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, anggaran penduduk semasa pada 2023 menunjukkan Perak mencatatkan komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) tertinggi dengan 9.7 peratus.

“Ini diikuti Kedah dan Sarawak masing-masing mencatatkan 8.8 peratus dan 8.3 peratus.

“Lapan daripada 16 negeri dan wilayah mencapai status negeri menua apabila komposisi penduduk umur tua melebihi 7 peratus pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, statistik penuaan adalah penting untuk merancang perkhidmatan sosial dan infrastruktur termasuk mereka bentuk ruang awam yang boleh diakses, sistem pengangkutan dan kemudahan penjagaan kesihatan yang menampung keperluan mobiliti dan penjagaan kesihatan individu yang lebih tua.