KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama 12 daripada 14 jurulatih dan pegawai pentadbir sukan Sabah yang dipilih untuk menyertai Program Pelawat Sukan 2023, bermula 6 hingga 23 Januari 2023, di Amerika Syarikat.
Ketua Menteri turut mengingatkan semua peserta dari Sabah itu agar sentiasa menjaga keselamatan diri, nama baik negara dan juga negeri, sepanjang berada di negara berkenaan, kerana peluang seperti itu bukan senang diperolehi.
Sambil melahirkan rasa bangga dan merakamkan tahniah dengan pemilihan mereka, beliau berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan dikongsi dengan komuniti tempatan.
Hadir sama Ketua Program, Farish Aziz.