KOTA KINABALU, SABAH – Sebarang kemungkinan mengenai semua parti pembangkang Sabah akan bersatu bagi menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang (PRU14) bergantung kepada sama ada Gabungan Sabah boleh bekerjasama dengan Parti Warisan dan juga sama ada kedua-dua kem pembangkang ini boleh bekerjasama dengan parti semenanjung-Pakatan Harapan.
Presiden STAR, Datuk Dr Jeffry Kitingan memberi amaran bahawa kegagalan untuk mencapai kata sepakat mengenai pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang di kalangan semua pihak akan menjejaskan empat parti Gabungan Sabah atau United Sabah Alliance (USA) yang bertanding bagi semua kerusi di Sabah.
Dr Jeffry berkata walaupun PCS (Parti Cinta Sabah) meninggalkan Gabungan dan semua isu-isu lain yang wujud dalam pembangkang, masih terdapat banyak ruang memperbetulkan keadaan dan bekerja keras agar menjadi parti yang kuat untuk mencabar BN.
Beliau berkata tidak ada masalah jika semua parti pembangkang bersikap realistik jika peluang mereka tinggi untuk menang kerusi dan pertandingan hanya diletakkan di mana mereka mempunyai sokongan yang dikuat diperingkat akar umbi.
“Ia tidak seharusnya menjadi sukar. Terdapat hanya tiga kumpulan pembangkang di Sabah. (Parti) Warisan boleh memberi tumpuan di pantai timur, kami (Gabungan Sabah) memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman manakala Pakatan Harapan di tempat mereka seperti di bandar-bandar dan sebagainya,” katanya.
Di pihak Gabungan Sabah, beliau berkata mereka telah menyelesaikan 90 hingga 95 peratus daripada peruntukan kerusi itu.
Beliau sangat positif mengenai kerjasama dengan parti-parti Pakatan Harapan (terutamanya PKR, DAP). Tambahnya lagi, Jeffry mengatakan tidak adil untuk menghalang mereka daripada bertanding kerana mereka telah memenangi beberapa kerusi di Sabah dalam pilihan raya sebelumnya.
Beliau berkata Gabungan Sabah telah mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan bagi pembahagian beberapa kerusi tetapi belum lagi diadakan perbincangan tersebut bersama Parti Warisan yang diketuai oleh bekas Menteri Persekutuan, Datuk Shafie Apdal.
Jeffry juga menganggap impian Parti Warisan untuk bertanding di semua kerusi tidak praktikal.
Jeffrey turut berkata, pintu masih terbuka kepada PCS yang diketuai oleh Datuk Wilfred Bumburing untuk kembali ke Gabungan dengan syarat bahawa mereka telah kenal pasti kesilapan mereka dan telah ambil pengajaran daripada perkara itu.
“Mereka tidak tahu di mana mereka berada pada masa kini kerana mereka membuat langkah yang salah. Jika mereka mahu kembali, kami terbuka. Tetapi mereka mesti belajar daripada kesilapan,” katanya kepada media.
Konflik dalaman kem Pembangkang Sabah pada akhir bulan lepas menyebabkan keretakan pada Gabungan Sabah. Ahli Gabungan Sabah yang lain termasuklah Parti Harapan dan SAPP.
Walau bagaimanapun, ia adalah satu rahsia terbuka bahawa Warisan yang diketuai oleh Shafie tidak berminat untuk bekerja dengan Jeffrey serta semua parti dalam Gabungan Sabah iaitu Parti SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee dan Parti Harapan yang diketuai Datuk Lajim Ukin.
Walaupun sebelum itu, Shafie berkata Parti Warisan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan pakatan pembangkang lain yang boleh dipercayai kerana Shafie akui Warisan tidak dapat mengambil BN jika berjuang sendiri. Bagaimanapun, beliau berkata sebarang perjanjian dengan pihak-pihak lain akan bergantung kepada kesetiaan mereka kepada perjuangan pembangkang dan tidak mesra-BN.
“Saya tahu bahawa kita tidak boleh melakukannya sendiri tetapi kebimbangan kami adalah bahawa jika parti-parti pembangkang mesra BN memenangi kerusi dan mungkin melompat ke BN,” katanya.
Shafie turut berkata beliau sedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung seperti PKR dan DAP dan PCS kerana mereka konsisten dalam peranan mereka sebagai parti lawan kepada Barisan Nasional (BN).
– HarianEkspres