JPJ Sabah Sita Toyota Supra Dipandu Dengan LKM Tamat Tempoh di Jalan...

JPJ Sabah Sita Toyota Supra Dipandu Dengan LKM Tamat Tempoh di Jalan Tuaran

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan mewah milik seorang ahli perniagaan dalam Ops Khas Luxury yang dijalankan di Jalan Tuaran pada Isnin.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan kenderaan Toyota Supra 3.0L itu dikesan melakukan beberapa kesalahan, termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah serta tidak mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran yang ditetapkan.

Menurut Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali, kesalahan berkenaan melanggar peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di bawah Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1).

“Kenderaan berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan dan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan di mahkamah, terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya.