To’Ki Nafi Dirinya Mengambil Dadah Walaupun Hidup Susah

To’Ki Nafi Dirinya Mengambil Dadah Walaupun Hidup Susah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – To’ Ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 50 tahun merupakan seorang penyanyi terkenal pada ketika dahulu. Baru-baru ini memberikan penjelasan dan sidang media berkenaan kisah susahnya yang tular di laman media sosial yang dikaitkan dengan najis dadah dan juga mengemis.

Sidang media dan akhbar yang dibuat dengan bantuan Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DV Dave bertujuan bagi memberi ruang kepada To’Ki untuk menjelaskan sebenar kisah hidupnya yang susah selepas beliau hilang punca pencarian disebabkan studio miliknya yang terletak di Batu Caves, Selangor dipecah masuk dan dirompak sewaktu beliau mengadakan persembahan di Kelantan lima tahun lepas.

“Jujurnya, saya memang hidup susah sejak lima tahun lalu. Saya sudah tiada punca pendapatan dan kadang-kadang, saya tiada duit pun untuk membeli beras. “

 “Jadi, saya kesal apabila ada pihak yang menuduh saya mengambil dadah hanya berdasarkan gambar diri saya, yang dilihat tidak terurus,” katanya.

Ini susulan daripada komen netizen selepas gamabr To’ki yang tular di laman media sosial dan menjadi perbualan serta anggapan kepada diri beliau yang kembali kepada najis dadah itu.

“Sedangkan, saya memang tidak lagi berbuat demikian sejak 18 tahun lalu dan kini bergantung kepada ubat antiketagihan (Suboxone Film 2/0.5) yang berharga RM13 dan perlu diambil setiap hari,” tambah katanya.

Bagi meringankan beban To’ki buat masa ini, Presiden YA1M, Datuk DJ Dave, berkata akan cuba mengusulkan cadangan kepada ahli lembaga yayasan.

“Buat masa ini, YA1M akan memikirkan dulu bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada To’ki dan ia bukannya dalam bentuk kewangan.

 “Sebenarnya, YA1M berperanan menyalur sumbangan kepada anak seni yang sakit atau berdepan kematian, namun To’ki tidak termasuk dalam kriteria itu.

 “Namun, kami akan cuba membantu dengan memberikan peluang kepadanya menyanyi pada majlis anjuran YA1M, seawal-awalnya pada Ramadan ini,” katanya yang turut menghulur sumbangan peribadi kepada penyanyi itu.