13 Lagu Bakal Dibawakan, D’Masiv Hibur Peminat Kota Kinabalu Esok

13 Lagu Bakal Dibawakan, D’Masiv Hibur Peminat Kota Kinabalu Esok

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kumpulan pop rock Indonesia, D’Masiv bakal menghiburkan peminat dengan sekitar 13 lagu menerusi konsert Malam Galau No Black Tie di Magellan Sutera Resort, di sini, esok, 16 Oktober.

Vokalisnya, Rian Ekky Pradipta berkata, beberapa lagu akan diberikan susunan muzik baharu bagi menyerikan persembahan mereka di Sabah.

Antara lagu yang bakal dibawakan ialah Cinta Ini Membunuhku, Rindu Setengah Mati, Merindukanmu dan Jangan Menyerah.

Beliau berkongsi perkara itu pada sidang media selepas sesi bersama peminat di sini, Rabu.

Persembahan tersebut menandakan kepulangan D’Masiv ke Kota Kinabalu selepas kali terakhir tampil pada 2019. Kumpulan itu kemudian akan membuat penampilan pertama di Sandakan pada 18 Oktober.

Sementara itu, penganjur konsert, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, persembahan pada asalnya dirancang untuk Sandakan, namun permintaan peminat mendorong penganjuran turut diperluaskan ke Kota Kinabalu.