Mayat Lelaki OKU Ditemui Terapung Dalam Parit

Mayat Lelaki OKU Ditemui Terapung Dalam Parit

0
SHARE
Oku
Mayat mangsa yang ditemui terapung ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KOTA MARUDU, SABAH – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah hentian bas di Jalan Goshen, sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Rainol Majangkir, 37, yang ditemui orang awam kira-kira jam 2.11 petang.

Zairolnizal berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa manakala satu kesan calar lama ditemui di kepalanya.

“Abang mangsa, Rimond Majangkir, 39, mengesahkan identiti mangsa sebagai adik lelakinya.

“Mangsa merupakan pemegang kad OKU, mempunyai masalah pembelajaran dan mempunyai sejarah sawan.

“Pegawai perubatan daerah masih belum dapat memastikan punca kematian, namun tiada elemen jenayah ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan diteruskan sementara kes diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut).