3 Lelaki Ditahan Polis Sarawak Berhubung Kes Curi Motorsikal

3 Lelaki Ditahan Polis Sarawak Berhubung Kes Curi Motorsikal

0
SHARE
Sumber Foto; SarawakVoice FB

KUCHING – Senapang angin, pemotong (cutter) dan playar merupakan antara senjata dan perkakas yang dirampas daripada tiga lelaki susulan penahanan mereka bagi membantu siasatan kes curi motosikal di kawasan Demak Laut, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 11.45 pagi hasil maklumat risikan, setelah polis menyiasat laporan kehilangan sebuah motosikal milik seorang lelaki Bidayuh di kawasan berhampiran.

Dua daripada suspek yang dicekup mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan urin mendapati mereka positif dadah jenis Metaphetamine.

Polis katanya, turut menjumpai sebuah motosikal yang sebelum ini dilaporkan hilang pada 16 Oktober.

Sumber Foto; Sarawak Voice FB

Turut ditemui dan dirampas satu rangka motosikal EX5, sebiji helmet jenama Arai warna putih merah, sehelai t-shirt warna hitam jenama Diesel dan serangkai anak kunci motosikal.

Suspek pertama berusia 15 tahun dari Pusat Komersial Demak Laut, suspek kedua pula lelaki berusia 30 tahun dari Taman Sepakat Jaya manakala suspek ketiga lelaki berusia 26 tahun dari Demak Baru Fasa 2.

Tangkapan ini kata Abang Ahmad, dilaksanakan di bawah Op Lejang dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.