Mangsa Hilang Tidak Mahu Pulang, Pasukan Penyelamat Tangguh Operasi Pencarian

Mangsa Hilang Tidak Mahu Pulang, Pasukan Penyelamat Tangguh Operasi Pencarian

0
SHARE
Bomba
Kumpulan mencari dan menyelamat ketika cuba menjejak mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM )

KOTA MARUDU, SABAH – Seorang lelaki yang hilang selama empat hari bertindak lari dan menyembunyikan diri setelah ditemui orang awam berhampiran kawasan kolam di Kampung Delima Darat, Pitas, sini.

Susulan penemuan 1.10 tengah hari Selasa itu, pasukan Bomba setelah berbincang dengan pihak Polis membuat keputusan untuk menangguh usaha mencari dan menyelamat pada pukul empat petang.

“Operasi akan di sambung akan di sambung pada hari esok (Rabu),” kata seorang jurucakap agensi bomba.

Difahamkan, mangsa, Jasbidin Balon, 40, mengalami kemurungan selepas pemergian bapanya baru-baru ini.

Menurut isterinya, Jasbidin kali terakhir dilihat masuk ke dalam kawasan hutan di belakang rumah sambil memegang pisau pemotong daging.

“Pengadu meminta anaknya mengekori bapanya namun apabila sampai di hutan mangsa tidak kelihatan,” jelasnya.

Menurut laporan kes, mangsa telah hilang sejak jam 10 pagi Ahad namun usaha mencari dan menyelamatkannya bermula jam 12 tengah hari tadi.

Ianya melibatkan lima anggota bomba serta beberapa lagi polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kawasan persekitaran rumah mangsa.