Mandi Manda Bertukar Tragedi, Dua Saudara Lemas Di Kampung Kaiduan

Mandi Manda Bertukar Tragedi, Dua Saudara Lemas Di Kampung Kaiduan

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Bantuan pernafasan CPR tidak dapat menyelamatkan seorang lelaki dan anak saudaranya yang lemas di Kampung Kaiduan di Kinarut, sini, petang semalam.

Aktiviti mandi manda di sungai berhampiran bertukar tragedi untuk mangsa Maxemanual Jurus, 18 dan Elvin Shane Surazal, 14.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.42 petang.

“Kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan telah di beri rawatan awal (CPR) oleh pasukan EMRS Bomba dan Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.49 petang oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.28 petang selepas mangsa diserahkan kepada pihak Polis setelah sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar memastikan tiada keberbahayaan lain.