60 Buah Motorsikal Berkonvoi 150KM Sempena Hari Jadi TYT

60 Buah Motorsikal Berkonvoi 150KM Sempena Hari Jadi TYT

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH –  Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, mengetuai konvoi bermotosikal.

Dengan laluan sejauh lebih kurang 150 km, konvoi tahunan anjuran Polis Kontinjen Sabah itu disertai 60 buah motorsikal  berkuasa tinggi yang bermula dari Istana Seri Kinabalu ke Dewan Tun Said Kota Belud dan kembali semula ke Kota Kinabalu.

Pada majlis itu, Tun Juhar menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) kepada 50 penerima yang terdiri daripada asnaf dan anak yatim dari sekitar daerah tersebut.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah,Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan Pegawai Daerah, Peter Jonu Moinjil.