Friendly Ride Bersama Toh Puan Sabtu Ini

Friendly Ride Bersama Toh Puan Sabtu Ini

0
SHARE
Norlidah
Adreen (tiga dari kanan) menyampaikan Kemeja-T kepada Toh Puan (tengah) sebagai tanda penghargaan menjayakan Program Friendly Ride ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu Ke-24, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Friendly Ride Bersama Toh Puan, Sabtu ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon, program tersebut akan diketuai oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah,Toh Puan Norlidah R.M. Jasni bagi mempromosikan cara hidup sihat.

“Kayuhan sejauh 29 kilometer (KM) ini akan dilepaskan oleh Mayor Bandaraya, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah bertempat di Padang Merdeka mulai jam 7.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 10.00 pagi.

“Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Yayasan Nur Jauhar pada program tersebut,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Hadir bersama kunjungan tersebut ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad, Setiausahanya, Datin Noridawati Abdul Rahman, Ketua Teknikal, Muhd Uthman Sarimal dan DBKK Cycling Team, Glorie Diana Joseph. — JABATAN PENERANGAN SABAH