PRU15: 25 Peratus Calon Wanita Bertanding Menjadi Pilihan Rakyat

PRU15: 25 Peratus Calon Wanita Bertanding Menjadi Pilihan Rakyat

0
SHARE
DARI kiri; Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Nancy Shukri dan Isnaraissah Munirah Majilis...

KUALA LUMPUR – Seramai 32 calon wanita daripada 127 yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjaya mendapat mandat rakyat.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), 15 daripada 60 calon wanita yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah juga mendapat kejayaan sama.

Daripada keseluruhan 127 calon, 16 dari Pakatan Harapan (PH), lima (5) daripada Gerakan Parti Sarawak (GPS), tujuh (7) dari Perikatan Nasional (PN), tiga (3) dari Barisan Nasional (BN) dan satu (1) daripada Warisan.

Bagi DUN, tujuh (7) mereka daripada PH,lima (5) PN dan tiga (3) lagi BN.

Antara calon PH yang menang ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak selain Teo Nie Ching di Kulai, Teresa Kok Sim di Seputeh dan Hannah Yeoh di Segambut.

Untuk GPS, Datuk Nancy Shukri di Santubong, Datuk Rubiah Wang di Kota Samarahan. Muka baru, Rodiyah Sapiee turut memberi kemenangan di Batang Sadong.

Bagi BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parit Sulong, Datuk Seri Azalina Othman Said di Pengerang dan Datuk Siti Aminah Aching di Beaufort.

Untuk PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU14 atas tiket BN.

Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan dalam mempertahankan Kota Belud.

PRU15 menyaksikan penurunan jumlah calon wanita iaitu 187 orang bertanding 251 orang sewaktu PRU14 pada 2018.