BN Catat Prestasi Buruk Dalam PRU15, Zahid Terima Desakan Pelbagai Pihak Letak...

BN Catat Prestasi Buruk Dalam PRU15, Zahid Terima Desakan Pelbagai Pihak Letak Jawatan Presiden UMNO

0
SHARE
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi...

KUALA LUMPUR – Susulan kekalahan teruk parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima desakan dari pelbagai pihak untuk meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam satu kenyataan menggesa agar pemilihan parti yang sebelum ini ditetapkan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU15 untuk dilaksanakan dengan kadar segera.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian beliau mendapati sentimen rakyat tidak menyukai Zahid telah diterjemahkan menerusi undi pada PRU15.

Disamping itu turut mendakwa BN kecundang kerana angkuh dan sombong, memilih bergerak solo dan tidak mahu berubah serta mendengar pandangan akar umbi dan rakyat.

“Ini yang sebenarnya menjadi kelemahan, 100 batang lidi lebih kuat berbanding sebatang lidi kerana 100 batang lidi mampu menyapu sampah dengan berkesan berbanding sebatang…

“Oleh yang demikian, wajarlah presiden parti berundur dan pemilihan parti perlu diadakan segera bagi memberi mandat baru kepemimpinan UMNO membuat perubahan yang sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mendesak Zahid meletak jawatan Presiden UMNO sebagai tanggungjawab atas kekalahan parti berkenaan yang mencatat prestasi paling buruk pada PRU15.

Katanya, langkah terbabit telah diambil dengan memberi contoh Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO atas kegagalan parti terbabit pada PRU14 lepas.

Dalam pada itu, Muhamad Muqharabbin juga mendakwa beliau telah bersuara berhubung beberapa perkara secara dalaman sejak awal lagi.

Antaranyai ialah tidak meletakkan calon payung terjun dan kes mahkamah disamping keputusan memilih calon BN diubah pada saat akhir sehingga menyebabkan kegagalan pada PRU semalam.

“Saya juga selalu meminta Muafakat Nasional (MN) mesti dikekalkan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti PRN Melaka dan Johor bukanlah penentu kekuatan BN dalam memenangi PRU kerana pilihan raya yang sebenarnya jauh daripada PRN.

“Kita wajar melihat dan menghargai PAS kerana kebangkitan UMNO selepas kecundang pada PRU14 lalu adalah kerana keberadaan dan kebersamaan PAS sepanjang tujuh Piliharaya Kecil (PRK).

“Tapi kita menidakkan PAS hanya kerana beberapa kenyataan segelintir di antara mereka. Kita lupa kenyataan sebahagian kita juga mengguris hati mereka,” katanya.