WARISAN CUBA NASIB BUAT GABUNGAN DENGAN PBS, PURA-PURA TIDAK TERDESAK

WARISAN CUBA NASIB BUAT GABUNGAN DENGAN PBS, PURA-PURA TIDAK TERDESAK

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) selain parti nasional lain dari Semenanjung.

Beliau berkata perlunya kewujudan gabungan dengan parti tempatan dan PBS antara pilihan pertama atas dasar mengenali barisan pemimpin termasuk mereka di peringkat akar umbi.

“Kerjasama antara parti politik adalah penting kerana tidak ada mana-mana parti yang boleh menubuhkan kerajaan sendirian…

“Tetapi kerjasama itu perlulah berdasarkan kepada kepentingan negara dan bukan kedudukan yang akan diterima pemimpin parti,” katanya kepada wartawan pada sebuah majlis rumah terbuka sempena Kaamatan di Dewan Kadamaian Square Taginambur, Kota Belud pada Ahad.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata PBS merupakan parti tempatan Sabah yang mempunyai sejarah serta memahami keperdibadian Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Impian Shafie dinyatakan beliau sejak tahun lalu lagi namun berkata Warisan “tidaklah seperti terdesak” tetapi hanya “terbuka” dengan kerjasama itu.

Beliau berkata selain perlu memperkukuhkan integriti dalaman parti dahulu, persahabatan dengan parti nasional di Semenanjung juga perlu dibina dengan syarat mempunyai kepentingan terhadap Sabah.

Maximus tahun lalu juga telah memberikan “lampu hijau” untuk bekerjasama dengan Warisan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).