Wanita Patah Kaki Ketika Mendaki Bukit Botak

Wanita Patah Kaki Ketika Mendaki Bukit Botak

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 34 tahun mengalami kecederaan patah kaki ketika mendaki di Bukit Botak, Sepanggar petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.56 petang menerusi talian MERS999.

Menurut laporan, sebuah jentera FRT dan unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu yang diketuai bersama sembilan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pada jam 6.57 petang, pasukan bomba mendapati seorang mangsa wanita mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh semasa mendaki.

“Pasukan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya turun menggunakan pengusung khas (junkin stretcher).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” kata seorang pegawai jurucakap.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.44 malam.