PENAMPANG: Seramai 20 individu telah diperiksa dua dua ditahan kerana Positif dadah dalam satu operasi bersepadu di sebuah pusat hiburan pada awal pagi Sabtu.
Operasi tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Menurut IPD Penampang, dua lelaki berusia 27 dan 33 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah dalam Ops Pusat Hiburan yang diketuai oleh Inspektor Mohamed Anwar Mohamed Jamil bersama 12 anggota BSJN Penampang.
“Kedua-dua saspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
“Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan serta operasi dari semasa ke semasa dan menasihati para pengusaha premis hiburan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” menerusi satu kenyataan.






