Mayat Terapung Ditemui Di Perairan Semporna

Mayat Terapung Ditemui Di Perairan Semporna

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Pasukan bomba dipanggil bagi mengangkat mayat seorang lelaki selepas penduduk Kampung Terusan Lok Iba sini melihat ia terapung, semalam.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata sepasukan tiga ke lokasi selepas menerima panggilan 11.29 pagi itu.

“Pasukan bomba hadir ke lokasi bagi mengangkat dan membawa mayat tersebut ke jeti Polis Marin dan seterusnya serah mayat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap agensi berkenaan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.03 tengah hari.