UCSF Anjur Kursus PKAN Di Kemabong

UCSF Anjur Kursus PKAN Di Kemabong

0
SHARE
Ucsf
Para peserta Kursus Pertanian Lestari dan Kompos di Kemabong, Tenom ( Sumber Foto: Ihsan UCSF )

TENOM, SABAH – University College Sabah Foundation (UCSF) telah berjaya menganjurkan Kursus Pertanian Lestari dan Kompos selama tiga hari bermula 19 Oktober sehingga 21 Oktober 2023 di Pusat Rekreasi Kauran, Kemabong.

Kursus terbabit telah disertai oleh seramai 19 orang peserta dari sekitar kawasan Kemabong iaitu dari Kampung Kangkawang, Kampung Korolok, Kampung Baru Jumpa, Kampung Rumuli dan Kampung Kuala Tomani.

Kursus mengenai pertanian itu adalah sebahagian daripada Program Khas Anak Negeri (PKAN) dan merupakan kursus penutup PKAN Sabah bagi tahun 2023 yang telah dikendalikan oleh Pensyarah UCSF, DK Nadhirah Ak Jalaluddin dan Nur Ain Awatif Kanapiah.

Sementara itu Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris berkata, pihaknya akan terus berusaha menganjurkan program bermanfaat dan berimpak tinggi kepada masyarakat luar bandar di Sabah.

“Ini adalah sebahagian daripada sumbangan UCSF kepada masyarakat negeri Sabah,” katanya.