KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kementeriannya prihatin tentang kegusaran guru kontrak perkhidmatan (COS) yang akan menamatkan perkhidmatan pada bulan Jun depan.
Jelas beliau, kementerian tersebut kini sedang meneliti penyelesaian terbaik agar kegusaran yang dibangkitkan guru ambilan COS Jun 2020 dapat ditangani.
Ujarnya, pihaknya sudah mengarahkan pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian dan menyelesaikan kegusaran itu dengan kadar segera.
“Apabila ada kelapangan, saya akan baca komen-komen yang ada di media sosial saya…
“Dalam ruangan tersebut, selain daripada ucapan hari raya, ada juga komen yang dititipkan mengenai guru COS ambilan Jun 2020.
“Sebenarnya perkara ini sememangnya dalam perhatian saya. Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuatkuasakatanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah beliau, pengumuman akan dibuat selepas proses tersebut selesai.
Dr. Radzi berkata, pihaknya di kementerian komited melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi anak-anak pewaris negara.