PENAMPANG, SABAH – Seorang warga emas yang sakit di Taman Kinalee dekat Jalan Putatan sini dibantu ke dalam ambulans oleh anggota bomba.
Wanita berusia 84 tahun seberat 140 kilogram itu mengalami komplikasi kesihatan dan terlantar di katil.
Bantuan kemanusiaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang tiba selepas menerima panggilan pada jam 9.08 pagi semalam.
“Pasukan Bomba bertindak mengangkat pesakit dengan menggunakan pengusung dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS…
“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital KPJ menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.12 pagi