KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri berkongsi sambutan Hari Raya bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarga semalam.
Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook berkata, sambutan bersama itu adalah upacara setiap tahun berkait rapat dengannya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, sebelum ini.
“Malam tadi keluarga saya berhari raya bersama Datuk Lee Chong Wei dan keluarga beliau…
“Memang setiap tahun Chong Wei akan membawa isteri beliau Mei Choo dan anak-anak beraya di rumah. Chong Wei amat rapat dengan saya semenjak saya Menteri Belia dan Sukan, sehinggalah sekarang.
“Terima kasih Chong Wei kerana menjulang nama negara di persada antarabangsa…
“Semoga Chong Wei terus membantu meningkatkan kecemerlangan badminton negara,” katanya