Jumlah Jangkitan Baharu COVID-19 Sabah Naik Dua Kali Ganda 

Jumlah Jangkitan Baharu COVID-19 Sabah Naik Dua Kali Ganda 

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes hari ini ialah 23 KES berbanding 12 pada hari sebelumnya.

Sembilan (9) daerah mencatatkan kes baharu satu angka.

Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan daripada 22 daerah kelmarin kepada 18 daerah hari ini. Antaranya ialah Penampang 5 kes (+5), Sandakan 5 kes (+5), dan Tuaran 2 (+2).

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata penggandaan itu adalah seperti yang telah diramalkan.

“Jumlah kes baharu akan bertambah sepanjang bulan Mei ini, walaubagaimanapun, dalam julat lingkungan yang stabil dan terkawal…

“Masyarakat boleh membantu mengawal jumlah pertambahan ini dengan sentiasa mematuhi saranan dan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk memilih menggunakan pelitup muka di tempat-tempat yang dikecualikan pemakaiannya,” katanya.

Hanya terdapat seorang pesakit dalam Kategori 3 dan dua (2) lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin (3 Mei 2022):

Penampang 5 (0)

Sandakan 5 (0)

Kota Kinabalu 4 (6)

Tawau 3 (1)

Tuaran 2 (0)

Lahad Datu 1 (0)

Ranau 1 (0)

Semporna 1 (1)

Tenom 1 (2)

Beaufort 0 (0)

Beluran 0 (0)

Kalabakan 0 (0)

Keningau 0 (0)

Kinabatangan 0 (0)

Kota Belud 0 (0)

Kota Marudu 0 (0)

Kuala Penyu 0 (0)

Kudat 0 (0)

Kunak 0 (0)

Nabawan 0 (0)

Papar 0 (0)

Pitas 0 (0)

Putatan 0 (2)

Sipitang 0 (0)

Tambunan 0 (0)

Telupid 0 (0)

Tongod 0 (0)