Haliburton dan Kumpulan DPI Kerjasama Dengan Syarikat Tempatan Tawar Penyelesaian Sektor Minyak...

Haliburton dan Kumpulan DPI Kerjasama Dengan Syarikat Tempatan Tawar Penyelesaian Sektor Minyak Gas di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dua syarikat perkhidmatan minyak dan gas antarabangsa,  Halliburton dan Kumpulan DPI telah bekerjasama dengan syarikat tempatan, Jalinan Enigma Sdn Bhd untuk menawarkan penyelesaian bagi sektor minyak dan gas di Sabah.

Delegasi dari ketiga-tiga syarikat, yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Halliburton Asia Pasifik, Martin White memaklumkan perkara ini kepada Ketua Menteri semasa mereka bertemu di Menara Kinabalu hari ini.

Mereka juga memklumkan kepada Ketua Menteri mengenai skop kerja yang merangkumi intervensi, pengurusan pasir dan air untuk meningkatkan pengeluaran telaga.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Pengarah Urusan DPI Group, KY Doucet dan Pengerusi Jalinan Enigma, Yong Khen San serta pengarah-pengarahnya, Kurunsikumaran, Abdul Fatakh Othman dan Clive Jublee.