KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN PERSARAAN SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN PERSARAAN SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerimakunjungan hormat persaraan daripada Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul
Bahiyah Haji Abu di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sarul Bahiyah di atas sumbangan dan jasanya selama berkhidmat di Sabah.

Sarul Bahiyah yang dilantik ke jawatan itu pada 21 Februari 2022 akan bersara wajib pada 11 September 2022.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) HSBC Bank MalaysiaBerhad, Dato’ Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HSBC Bank Malaysia Berhad, Dato’ Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid (dua dari kiri) dan pegawainya semasa menerima kunjungan beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini…

Omar Siddiq yang dilahirkan di Sandakan, Sabah merupakan individu pertama warganegara Malaysia yang dilantik memegang jawatan itu.