Dr Joachim, Jahid Jahim Dilantik Sebagai Timbalan Presiden Baharu KDCA

Dr Joachim, Jahid Jahim Dilantik Sebagai Timbalan Presiden Baharu KDCA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim telah dilantik sebagai Timbalan Presiden baharu Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).

Manakala Presiden Majlis Jaksa Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS), Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan turut mengekalkan jawatan yang sama.

Clarence, Dr. Jeffrey, Dr. Joachim dan Jahid mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam satu majlis instalasi Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA bagi penggal 2022-2025 yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Rabu.