Arifin Sokong Usaha Memperkasa Dakwah

Arifin Sokong Usaha Memperkasa Dakwah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Yang Di Pertua USIA YBhg Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Dr Hj Mohd Arifin Hj Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah.

Turut bersama rombongan Ybhg Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hj Hussin; Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Dr Ag Faisal Ag Rahim; CEO Baitulmal Sabah dan Iwan Suhairie Hari; KPSU Bahagian Zakat.

Kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran terkini tentang halatuju USIA…

“Dalam kesempatan ini, saya juga menerangkan pengoperasian USIA dari segi kemudahan fasiliti yang ada serta perkara yang berkaitan dengan pengurusan.

“Semoga kunjungan hormat ini akan memberikan banyak manfaat untuk perkembangan Syiar Islam pada masa hadapan seterusnya membolehkan USIA agar terus relevan sebagai sebuah NGO Islam yang terunggul di Sabah,” jelas Sapawi.

Turut hadir sama Timbalan Yang Dipertua, Datuk Alipuddin Puyon,Sdr Iman Ali (Setiausaha Agung), Ketua Penerangan Datuk Abdullah Hussin dan Hj Damit (Pegawai Perhubungan).