Persatuan Bolasepak Tambunan Anjur Kursus Kerujulatihan FAM

Persatuan Bolasepak Tambunan Anjur Kursus Kerujulatihan FAM

0
SHARE
Bola
Prem (tengah) bersama ahli jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Tambunan ( Sumber Foto: Ihsan PBDT )

TAMBUNAN, SABAH – Persatuan Bolasepak Daerah Tambunan 2021 (PBDT) akan menganjurkan kursus kejurulatihan akar umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 19-21 April 2024 bertempat di Daerah Tambunan.

Kursus tersebut adalah terhad kepada 30 orang peserta dan keutamaan kepada jurulatih di daerah Tambunan.

Persatuan itu telah mengadakan mesyuarat agung untuk sesi 2024-2025 dan Prem Beachile J. Kitingan telah dipilih sebagai Timbalan Presiden PBDT selaku Pengerusi JK Pembangunan dan Teknikal baharu.

Beliau berkata PBDT akan memulakan perancangan pembangunan bolasepak di daerah Tambunan dengan kursus kejurulatihan akar umbi bersama FAM.

“Bermula pada tahun ini, peraturan baru Piala Adun Tambunan akan mewajibkan seseorang jurulatih untuk mendapatkan sijil kejurulatihan agar dia layak menjadi seorang jurulatih dalam pasukan,” katanya dalam sebuah keyataan.

Beliau berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan perancangan untuk pembangunan bolasepak di daerah Tambunan.

“Pembangunan bolasepak haruslah bermula dari akar umbi, kita (PBDT) mengambil iktibar daripada kejayaan Keningau FA dalam kejohanan Piala SAFA 2024 dan kita mencontohi pembangunan bolasepak di Keningau,” tambahnya.

Timbalan Presiden PBDT selaku Pengerusi JK Pembangunan dan Teknikal berharap agar pembangunan bolasepak di daerah Tambunan dapat memperkasakan dan mencungkil bakat lebih ramai pemain-pemain, jurulatih dan pengadil.

Timbalan Presiden PBDT juga merakamkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Rafie Robert atas perlantikan sebagai pengurus pasukan baru Sabah FC.