PEMIMPIN WARISAN SEMAKIN GILA, AZIS JAMMAN HINA SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W?

PEMIMPIN WARISAN SEMAKIN GILA, AZIS JAMMAN HINA SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W?

0
SHARE

“Sekalipun hanya terdetik dalam hati menyamakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W seperti binatang maka orang Islam yang membuat hinaan itu termasuk dalam golongan orang yang fasik”.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), ucapan berbentuk hinaan oleh Azis Jamman ke atas Datuk Zulkarnain Mahdar dengan menyatakan janggut pada wajah beliau disamakan seperti seekor kambing yang mana tindakan ini jelas perbuatan amat kurang ajar dan berbentuk rasis.

Umat Islam di seluruh Malaysia masih lagi merayakan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebaliknya Azis secara jelas telah menghina Sunnah Nabi dengan menyamakan janggut yang dipelihara oleh individu lelaki umat Islam sama seperti seekor kambing.

BEBAS berkata lagi, Azis Jamman termasuk Shafie Apdal dan pimpinan WARISAN lainnya sepatutnya menjawab cabaran yang dibuat oleh Datuk Zulkarnain berhubung isu WARISAN sabotaj SFI, tetapi malangnya Azis tampil dengan menghina janggut yang terlekat pada wajah Zulkarnain pula, malahan menjadi bahan jenaka dan cacian.

Azis memuat naik tulisan melalui laman sosial Facebook miliknya dipercayai merujuk kepada Zulkarnain dengan berkata: “tidak boleh jawab isu kambing silika mereka guna “KAMBING” juga divert isu dengan laporan SPRM untuk kes SFI konon.”

Tangkap layar kenyataan Azis Jamman yang dimuat naik pada laman sosial Facebook miliknya…

Menurut BEBAS, umat Islam yang tidak mampu mencontohi Nabi Muhammad dengan memelihara janggut jangan sesekali menghina unat Islam yang berjanggut.

“Malahan ada agama lain yang tidak memotong rambut  dan memakai turban, adakah mereka juga akan dihina? Justeru kebebasan cara hidup mengikut acuan agama adalah kebebasan yang mesti dihormati dan tidak sepatutnya dihina dan dijadikan bahan jenaka…

“Menghina umat Islam berjanggut dengan menyamakannya sama seperti kambing adalah jelas perbuatan memperlekehkan dan menghina sunnah Nabi Muhammad S.A.W

“Inilah wajah sebenar pemimpin WARISAN, semasa mereka jadi pemeritah, mereka turut menghina kaum Kadazan, Dusun sebagai pendatang dan kononnya kaum yang berasal dari Mongolia,” jelas BEBAS.

Jentera Warisan serang KDM kaitkan kuat ‘minum’ dan berasal daripada Mongolia..(Sumber Foto: Dipetik melalui tangkap layar Facebook pada 12 Jun 2019)

Terdahulu pada 12 Okt dalam sidang media Datuk Zulkarnain mencabar Datuk Seri Shafie Apdal termasuk Azis Jamman dan Junz Wong tampil menyaman Peguam Kanan Tengku Fuad selepas menuduh WARISAN telah sabotaj SFI (Sabah Forest Industries) sehingga kilang itu tutup dari beroperasi selepas menjadi parti pemeritah pada tahun 2018.

Pada 06 sept lalu Tengku Fuad dalam kenyataan yang turut disiarkan oleh Portal SabahNews berkata WARISAN telah sabotaj usaha menghidupkan semula SFI.

Tangkap layar daripada portal berita Sabah News pada 6 Okt 2023 berhubung kenyataan Peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mendakwa WARISAN sabotaj usaha hidupkan semula SFI…

Menurut FUAD pagi pada tahun 2017 Pelangi Prestasi Sdn Bhd. berjaya memenangi bida bernilai RM1.2 bilion daipada Syarikat India, Ballapur Industries Ltd, yang memiliki 90 peratus SFI.

Berikutan pilihan raya negeri, kerajaan pimpinan WARISAN menghalang pelaksanaan tender dengan enggan mengeluarkan perjanjian lesen kayu baharu kepada Pelangi Prestasi Sdn Bhd.

Berikutan pembatalan lesen tersebut Pelangi Prestasi Sdn Bhd gagal meneruskan operasi kilang SFI malahan pada tahun 2019 Pelangi turut menyaman kerajaan negeri selepas usaha sabotaj itu.

Dalam pada itu, Zulkarnain dalam satu kenyataan ketika dihubungi berkata beliau sudah biasa difitnah oleh pemimpin Parti Warisan, tetapi memberi amaran jangan sesekali menghina janggut dan keterampilan Nabi Muhammad kerana ianya melibatkan iktikad dan akidah umat Islam.

Datuk Zulkarnain Mahdar…

“Menyamakan sunnah Nabi seperti janggut dengan kambing adalah jelas perbuatan kurang ajar dan biadap,” Zulkarnain berkata lagi.

Nota: Artikel ini telah dihantar oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dan tidak mencerminkan langsung daripada pihak Sabah News.

Sesi sidang media Datuk Zulkarnain berhubung isu SFI pada 13 Oktober 2023:
https://fb.watch/nFI1hmKNTU/?mibextid=ZbWKwL