SABAH TURUT ISYTIHAR 21 APRIL SEBAGAI CUTI UMUM: KM HAJIJI

SABAH TURUT ISYTIHAR 21 APRIL SEBAGAI CUTI UMUM: KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri mengisytiharkan 21 April (Jumaat) ini sebagai cuti awam tambahan untuk Sabah bagi tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ianya adalah selaras dengan Ordinan Cuti Umum Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan akan mengisytiharkan sama ada Jumaat (21 April) atau Isnin (24 April) sebagai cuti awam bergantung pada tarikh jatuhnya 1 Syawal.