PETALING JAYA –Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri pada pagi ni
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan manakala beberapa kawasan di negeri Pahang dan Sarawak.
“Bagi negeri Sarawak, cuaca tidak menentu itu melibatkan kawasan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Manakala di Pahang antara kawasan yang terjejas ialah di Pekan dan Rompin,” kata kenyataan itu…
Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.





