Amaran Hujan Lebat: Sipitang, Beaufort, Papar Antara Daerah Sabah Terjejas Malam Ini

Amaran Hujan Lebat: Sipitang, Beaufort, Papar Antara Daerah Sabah Terjejas Malam Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU: Beberapa daerah di Sabah dijangka dilanda hujan lebat sehingga jam 9 malam ini berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan amaran terbabit melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, serta Pantai Barat membabitkan Papar, Penampang dan Ranau.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang sedang berlaku atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya.

Selain Sabah, amaran hujan lebat turut melibatkan beberapa negeri lain termasuk Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Labuan.