POLIS TRAFIK SANGGUP MASUK BERSIHKAN LONGKANG TERSUMBAT DAPAT PUJIAN DARIPADA PDRM DAN...

POLIS TRAFIK SANGGUP MASUK BERSIHKAN LONGKANG TERSUMBAT DAPAT PUJIAN DARIPADA PDRM DAN UMNO PUTATAN

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Seorang anggota polis trafik yang sanggup masuk ke longkang untuk mengeluarkan sampah tersumbat di Kampung Meruntum sini mendapat pujian daripada Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed.

Tindakan Koperal Shah Erman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya melepaskan takungan air di jalan raya dan sejurusnya aliran trafik ditangkap dalam satu video tular sejak semalam.

Jeffery berkata beliau menggangap contoh itu adalah yang terbaik kepada seluruh masyarakat Putatan.

“Kita bagi pihak UMNO Putatan dan Penduduk Kampung Meruntum mengucakapan ribuan terima kasih bagi anggota trafik ini…Semoga Allah swt membalas jasa baik anda,” katanya dalam satu catatan Facebook pagi tadi.

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular seorang anggota polis Trafik sanggup turun ke laluan longkang bagi membersihkan laluan air yang tersumbat di Kg Meruntum Putatan, Sabah….

Dalam pada itu, beliau memohon pihak Majlis Daerah Putatan (MDPTN) untuk memastikan syarikat konsesi yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan parit-parit tersebut.

“Saya mohon cara berfikir (mindset) syarikat konsesi ini berubah supaya MDPTN tidak sering dipersalahkan oleh masyarakat. MDPTN seharusnya memantau kerja-kerja syarikat konsesi ini…

“Saya juga mohon Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.23 Petagas dan N.24 Tanjung Keramat untuk memantau isu-isu parit tersumbat di sekitar Dewan Undangan Negeri masing-masing dan memaklumkan kepada agensi berkuasa untuk tindakan sepatutnya,” katanya.