PRN-12 Sarawak Akan Tetap Diteruskan – Abang Jo

PRN-12 Sarawak Akan Tetap Diteruskan – Abang Jo

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan akan tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri ke-12 meskipun sedar negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu juga, PRN ke-12 tetap akan diadakan melihat kepada kebolehan Sarawak mengendalikan pandemik itu secara efektif ketika ini.

“(Namun) sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh meneruskan mandat, saya tidak kisah untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri,” tegasnya.

Kata Abang Johari, perkara tersebut merujuk kepada parti-parti pembangkang yang menyuarakan bahawa PRN tidak harus diadakan ketika negara sedang berdepan masa sukar ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg…

Jelas beliau lagi, urusan pilihan raya adalah urusan dalaman dan tidak melibatkan campur tangan ‘orang luar’.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak itu berkenaan tarikh sebenar pilihan raya akan datang.

Beliau memberitahu, mandat bagi kerajaan negeri itu akan berakhir pada Jun 2021 dan apabila mencapai tempoh matang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik tetap akan bubar.

Justeru ujarnya, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubarannya.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di Kuching kelmarin (Ahad).