KUALA LUMPUR – SABAH masih lagi mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 702 KES daripada 871 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Walau bagaimanapun, KKM melaporkan angka tertinggi kes sembuh setakat ini direkodkan hari ini sebanyak 701 kes yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 13,262 kes (64.70%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes.
DARIPADA 871 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lima (5) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 866 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, berlaku sedikit pengurangan sebanyak 86 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 28 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat tujuh (7) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 6 kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tawau & Sandakan) dan 1 daripada Kuala Lumpur, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 187 kes (0.91%).