KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA) meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera berjumpa dengan Datuk Mohammadin Ketapi bagi mendapatkan FORMULA terbaik cara untuk menurunkan penularan jangkitan COVID-19 khususnya di negeri Sabah.
Datuk Mohammadin Ketapi iaitu mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sebelum ini pernah berkata beliau mempunyai keyakinan tinggi kes COVID-19 akan menurun di Sabah.
Mohammadin Ketapi berkata “Saya yakin dan percaya kalau 26hb ini selepas kita sudah mengundi, saya ingat pada 27 atau 28 (Sept) kita sudah kosong (peratus) tidak ada COVID-19 sudah.”
Mohammadin telah membuat kenyataan tersebut semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 baru-baru ini yang mana turut dihadiri oleh wartawan media dan VIDEO ucapan tersebut turut tular di media sosial Facebook.
VIDEO ucapan Mohammadin Ketapi yang mengatakan peratus jangkitan virus COVID-19 adalah ‘KOSONG PERATUS’ selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah…
GASA berkata lagi Datuk Mohammadin Ketapi adalah mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, dan adalah terlalu mustahil untuk beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak betul kerana beliau adalah bekas Menteri Persekutuan.
“Kami fikir sudah tentu Mohammadin mempunyai formula tersebut, tetapi mungkin beliau sengaja menyembunyikannya.”
GASA berkata lagi “Oleh sebab itu kami mencadangkan agar KKM dapat menghantar wakilnya atau pihak berwajib lain untuk berjumpa dengan Mohammadin termasuk Datuk Seri Shafie Apdal dengan kadar yang segera untuk meminta FORMULA tersebut.
“Rakyat Sabah juga digalakkan untuk bertanya terus kepada Mohammadin dan Shafie Apdal cara menurunkan jumlah jangkitan COVID-19 memandangkan rakyat Sabah kini sedang berhadapan dengan situasi yang cukup sukar.
“Sebaliknya kalau Muhammadin GAGAL memberikan formula tersebut, ini menunjukkan beliau dengan jelas telah berbohong kepada seluruh rakyat Sabah.”
Umum mengetahui punca utama peningkatan jumlah penularan jangkitan COVID-19 adalah selepas PRN Sabah kali ke-16 diadakan.
Shafie Apdal dan TYT Sabah tetap berkeras untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun amaran telah berulang kali diberikan oleh beberapa pihak agar PRN tersebut dibatalkan kerana selepas kempen pilihan raya dijalankan, risiko adalah tinggi dan lebih ramai rakyat Sabah berpotensi besar akan dijangkiti virus COVID-19 tersebut.

VIDEO ucapan Shafie Apdal yang ‘SANGGUP MATI’ supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 mesti diteruskan…
Sehingga 17 Okt 2020, jumlah pesakit yang didapati positif virus COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 6,737 orang.


Terkini ADUN Parti Warisan DUN Kunak juga didapati positif COVID-19 dan sehingga kini negeri Sabah telah mencatatkan kes jangkitan yang tertinggi di Malaysia.