KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penghibur versatil, Andi Bernadee kembali mencuri perhatian menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul “Aku Nak Kahwin”, sebuah lagu santai yang mengangkat realiti kehidupan khususnya dalam kalangan individu yang masih menanti jodoh.
Mengangkat tema dekat dengan masyarakat, lagu ini berkisarkan tentang seseorang yang sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, namun masih menunggu pasangan yang sesuai.
Dengan lirik yang jujur dan bersahaja, ia turut menyentuh tekanan sosial serta persoalan yang sering diajukan oleh keluarga, selain menyelitkan harapan untuk membina hubungan yang halal dan bahagia.
Menurut Andi, kekuatan lagu ini terletak pada mesej yang mudah difahami serta dekat dengan pengalaman ramai pendengar.
“Lagu ini sangat relatable, terutama bagi mereka yang sudah lama single dan bersedia untuk berkahwin. Ia membawa mesej yang jujur dan mudah dikaitkan dengan kehidupan sebenar,” katanya.
Dalam masa sama, Andi melihat “Aku Nak Kahwin” sebagai satu kelainan dalam landskap muzik semasa yang banyak dipenuhi lagu bertemakan kekecewaan cinta.
“Kebanyakan lagu sekarang berkisar tentang putus cinta atau kecurangan. Lagu ini hadir dengan vibe lebih ringan, positif dan ‘happy’, memberi sedikit perubahan kepada pendengar,” jelasnya.
Dari sudut produksi, lagu ini menampilkan gabungan elemen nyanyian dan rap yang memberikan warna tersendiri, di samping memerlukan kawalan vokal dan pernafasan yang baik dalam penyampaiannya.
Selain itu, Andi turut berkongsi bahawa perjalanan menghasilkan lagu ini bersama album penuhnya, “Ding Geding”, bukan tanpa cabaran apabila pelancarannya sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesihatan. Namun tempoh tersebut dimanfaatkan untuk beliau berehat dan kembali dengan semangat baharu.
“Aku Nak Kahwin” bukan sahaja membawa kisah yang dekat dengan masyarakat, malah menyampaikan mesej positif bahawa kebahagiaan tidak bergantung kepada status seseorang, sama ada masih bujang atau sudah berkeluarga.