Lebih 1,000 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Maulidur Rasul

Lebih 1,000 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Maulidur Rasul

0
SHARE

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 jemaah menyertai Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026M di Masjid Negeri Sabah, di sini, Jumaat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyertai majlis berkenaan yang diisi dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

Majlis berkenaan dipimpin Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Majlis itu turut disertai tetamu jemputan dan jemaah yang bersama-sama mengikuti pengisian keagamaan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW.